Kalau nak minta apa-apa,perkara yang harus dilakukan ialah menzahirkan kehendak itu sendiri.Tak guna niat dalam hati. "aku nak itu,aku nak ini".Kau tak nak zahirkan kehendak itu kerana bagi kau,mungkin permintaan ini hanya antara kau dengan Allah swt sahaja sebab kau rasa Allah swt Maha Mengetahui.Tak payah cakap atau luahkan kerana Allah tahu isi hati.Salah tu.Salah.Memang Allah tahu,tapi kalau tidak diungkapkan,dizahirkan,no point.Itu sebab wujudnya "doa".Doa itu tanda kita bersyukur.Salah satu cara kita memohon ialah dengan berdoa.Meminta izin.Mengharap belas ihsan Dia.Kerana semua yang ada ini milik Dia.Kita hanya boleh meminjam buat sementara.
Sama juga situasinya bila kau nak meminjam barang kawan kau.Mungkin kau rasa bila nak pinjam barang dia,tidak perlu meminta keizinan kerana kau tahu dia akan bagi.Sebab apa?Sebab dia kawan.Salah lagi.Salah.Cubalah bermanis muka dan meminta keizinan dengan ikhlas.Nescaya,sejuk hati nak bagi pinjam.
"Boleh tak kalau nak mintak atau pinjam barang orang bagi tahu?Bukannya aku tak bagi pinjam pun".See.
Cakap aje lah.
No comments:
Post a Comment