Showing posts with label puitis. Show all posts
Showing posts with label puitis. Show all posts

Aug 25, 2012

takut

Setiap kali rasa macam dah tak terdaya,kena ingat.
Masa tetap berjalan,hari akan berganti,nyawa masih berlari.
Apa perlu ditakuti?
Matahari tetap akan berdiri esok pagi,rembulan juga masih menemani.
Diharap juga pengakhirannya bukan disini.

Jan 26, 2012

*1001

Aku hanya mampu memberi cebisan yang picisan
Bukannya helaian terdampar
Tetapi,aku harap
Dengan cebisan itu dapat melengkapkan keseluruhan helaian.
Helaian yang terobek dan berlopong
Bukanlah satu pemandangan yang indah
Jikalau yang robek dan lopong itu yang manjadi pilihan
Harus gimana lagi dong?
haha

Jul 11, 2011

kipas

rasa diri maha hebat bila ramai yang memuja.tapi sayang,ramai memuja dalam keji.keji itu macam najis tahu??jijik.busuk lagi.                                                             kbai.aku merepek pagi-pagi buta.stress bekerja nampaknya sudah menular hebat dalam diri.

Jun 27, 2011

batu bata

baca terus renyuk
pegang terus pecah
hembus terus rebah
pandang terus kacir
ha..
hape pun tak boleh!!

Jun 24, 2011

emas

emas tak akan jadi emas kalau dia memang bukan emas,tahu??

Apr 16, 2011

.

diatas penghujung bicara
ada satu lantai
satu lapisan
tak mampu dipijak tak mampu digendong

terus berhenti.


ianya titik,bukan noktah.

Mar 30, 2011

jatuh

bila sudah berani melompat,jangan takut untuk jatuh kerana jatuh itu sudah pasti.cara bagaimana  jatuh juga membawa pengaruh yang besar.kalau jatuh badan calar-balar tak apa lagi.tapi,kalau jatuh sampai patah-riuk,itu yang jadi masalah besar.sebelum jatuh,pastikan cara yang betul untuk landing supaya akan dapat calar-balar daripada patah-riuk.

Mar 25, 2011

sorong

kelat.
macam hati yang disiat.
kelam mencari cahaya penyuluh.
toleh kiri nampak kanan.
untung ada yang bagi tangan untuk dipaut.

Jan 26, 2011

buat perempuan yang kesekian kalinya

untuk kamu perempuan yang dekat tapi jauh,yang senyum tapi kelat.
selalu memerhati tanpa peduli dengan membina dunia sendiri.
selalu katakan,tinggalkan yang lalu biar hanyut bersama masa.
moga jadi tembok yang kuat dan kukuh.kebal dengan panas dan hujan.
tak mudah runtuh.
buka pintu itu.izin masuk bersama.dunia sendiri hanya dunia imaginasi.

Jan 17, 2011

padang pasir

bila pemikiran dijolok dengan ideologi yang tidak sepatutnya,yang melanggar norma-norma kehidupan,jadilah sesetengah golongan yang obsesif terhadap diri sendiri.merasakan diri kosong dari kekhilafan.yang merasakan apa yang dilakukan berada dilandasan yang tepat walaupun landasan itu bengkok.hidup ini memang begini.hidup itu memang begitu.

Jan 6, 2011

seiring

Kalau semua asyik nak berlari,siapa pula yang mahu mengejar.
pernah terfikir?
asyik berlari terlalu jauh.jauh sangat.
meninggalkan yang dibelakang terkapai-kapai.
tertanya-tanya kau berlari laju mengejar apa.
oh,terlupa.kau seorang pengejar.
kita seiring boleh?
tunggu aku?
aku pun mengejar kau.
aku kejar kau supaya aku tak lagi menjadi pengejar.
kita sama-sama mengejar apa yang kau kejar.

Jan 2, 2011

kotak

kaki tak panjang
langkah pendek
jalan sempit
hati hanyir
mulut longkang!!

hidup tak keruan
macam tak ada agama.
agama ada,tapi  tak dipegang.

Nov 8, 2010

jangan dibilang celaka

jangan.
jangan.
jangan dibilang celaka.


celaka itu merendah-rendahkan
celaka itu penghinaan
celaka itu dibawah kaki


usah disebut
kasar telinga tua mendengar
ibarat sumpah tujuh keturunan

celaka itu apa??
tak perlu tanya.
bila dibilang jangan,maka jangan.


p/s-hamboi!!garang ngat aih..haha..

Oct 26, 2010

konflik dalaman

dikala hati berbelah bahagi
tanya lagi sama hati
tanya lagi!
satu keajaiban
hati tidak pandai berbohong
melainkan kau yang membohongi diri sendiri


dikala jiwa bercelaru,bersimpang siur
cari punca akar nya..
rungkaikan yang berselirat
betulkan yang berserabut
luruskan dan tegakkan ia



dikala hati ragu-ragu
sebabnya hanya satu
ragu-ragu itu hanya mainan sahaja
tetapkan rasa,tetapkan jiwa
teguhkan kata


bagaimana?
tanya hati,jiwa dan rasa.
semua pernah merasa benda yang sama
bukan kau sahaja.

Oct 24, 2010

redha

Yang dimaksudkan dengan kekayaan spiritual itu merangkumi lebih dari ibadat.Ia menyentuh prinsip hidup, dan percaya bahawa qada dan qadar telah ditetapkan, dan pada masa yang sama kita diunjurkan untuk terus berikhtiar bagi apa yang diinginkan.
Diakhirnya,apa juga hasil yang terlihat hendaklah kita redha kerana Tuhan lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.
(Datuk Kamarudin Meranun,Deputy CEO of Air Asia Groups)
-21st richest man in Malaysia-




p/s-you will get your part!
trust me!

Oct 17, 2010

perjuangan

kau bercakap pasal perjuangan .
aku tergelak berdekah-dekah.
perjuangan apa yang kau cakapkan ini?
perjuangan apa yang kau cuba lontarkan?
aku pun tak faham.
ada orang macam kau boleh berada atas bumi ini.
perjuangan diatas penghinaan orang lain.
perjuangan sambil menjatuhkan maruah orang lain.
cukuplah diatas perjuangan kau selama ini.
aku selalu berharap kau tak pernah wujud.
sama seperti perjuangan kau.
boleh mati keduanya.
baik kau dan perjuangan kau.

p/s-reformasi konon

Oct 13, 2010

rahsia

faham.
sesetengah perkara perlu dirahsiakan.
bukan semua perkara perlu ditelanjangkan pada semua.
cukuplah disimpan dalam hati.
kalau mahu dikongsi pun,hanya pada orang tertentu.
orang yang diletak kepercayaan yang tinggi.
yang memegang amanah dengah kukuh.
faham lagi.
aku memang tidak kisah
kalau seseorang mempunyai rahsia
dan enggan menceritakannya.
nama pun rahsia,ye tak??
sebab aku juga mempunyai rahsia.
selalu enggan menceritakan pada orang.
memang bukan jenis begitu.
terima kasih diatas semua rahsia yang pernah diceritakan.

p/s-mucho garcias,senorita.

Oct 11, 2010

tidak penuh dan tidak kosong

yang kosong perlu diisi.
tak banyak pun sikit jadilah.
yang penuh pulak.
 perlu dibuang separuh.
jangan penuh sangat.
takut tertumpah!!
kena lap pula satu kerja!!
kadang-kadang,kesederhanaan itu penting.
eh,bukan kadang-kadang,setiap masa maksud saya.
ingat,jangan kosong sangat,jangan penuh sangat.

p/s-ini bukan pasal air kau yang tertumpah tu ye.
haha..

Jun 26, 2010

pantun buat semua

gendang perut,
tali kecapi,
kenyang perut,
semua suka hati!!!!


ini pantun pertama i belajar..
masa darjah satu.

p/s-hari makan!!
BESAR PUNYER!!!

Jun 25, 2010

tunjuk hebat

sekarang,semua mahu tunjuk hebat
menguji ketangkasan
menunjuk kelincahan
mempamerkan kehebatan
al-maklumlah,siapa yang tetap dengan keangkuhan dianggap sang juara
tapi,orang yang menonton macam aku rasa sangat sakit hati
tak tahu kenapa
come on lah,kau hidup dalam dunia apa sekarang ni???
hidup kau dikelilingi orang lain juga
bahkan,hidup aku dikelilingi kau!!!
jangan la angkuh sangat!!!
aku cuba jugak mengikut rentak kau,tapi aku rasa aku tak cukup angkuh macam kau.
kadangkala,aku salute kau sebab keangkuhan kau sangat kebal dan tebal.


p/s:it's such annoying listen to your fool,crap and cheap!!!